
PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diarah memanggil semua pembekal kit ujian kendiri Covid-19 dalam negara bagi menilai aduan diterima daripada pengguna, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Katanya, ia susulan aduan penggunaan kit ujian itu yang menunjukkan keputusan Covid-19 meragukan.
“Saya juga meminta agensi (MDA) agar memohon pembekal mendapatkan maklumat jaminan kualiti daripada kilang prinsipal mereka,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19.
Beliau berkata, penilaian juga akan dibuat ke atas kit ujian yang diragui di pasaran untuk menentukan tiada kemerosotan dari segi kualiti sejak ia diluluskan hingga sekarang.
“Perkara ini sedang dilaksanakan dan hasil tindakan MDA akan dimaklumkan kepada orang ramai…