
Pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) perlu melengkapkan diri dengan ilmu diperlukan kerana medan pertahanan semakin kompleks dan ancaman terhadap negara tidak lagi terhad kepada peperangan konvensional.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah serangan siber, peperangan hibrid, penggunaan dron, kecerdasan buatan (Al) dan ketidaktentuan politik global kini turut membentuk landskap keselamatan negara.
“Saya menyeru saudara dan saudari agar tampil sebagai generasi pertahanan yang celik teknologi, bijak menilai maklumat, memahami isu keselamatan dan sentiasa peka terhadap perkembangan geopolitik,” titah baginda sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam di…