

Organisasi media tidak boleh hanya menjadi ‘ruang gema’ jika mahu mengekalkan integriti dan kredibiliti.
Dalam temu bual bersama Bernama sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2026, Pengerusi Eksekutif FMT, Nelson Fernandez, berkata cabaran utama dihadapi organisasi media bukanlah politik semata-mata, tetapi skala gangguan digital yang sedang mengubah industri.
Beliau berkata, dengan kadar capaian internet Malaysia yang menghampiri 98%, khalayak tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada media tradisional untuk mendapatkan maklumat.
Katanya, landskap sosial dan ekonomi Malaysia yang pelbagai juga memerlukan organisasi media menampilkan pelbagai perspektif untuk terus relevan dan bermanfaat kepada masyarakat.
“Kita tidak boleh menjadi ruang gema kerana itu adalah…