

Kempen media sosial semata-mata tidak mencukupi untuk menarik lebih ramai belia menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Majlis Belia Malaysia (MBM).
Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata strategi promosi perlu lebih autentik dan tidak hanya menampilkan imej luaran kerjaya ketenteraan.
Katanya, belia hari ini lebih tertarik kepada kandungan yang menunjukkan nilai, tujuan, peluang pembangunan diri dan prospek masa depan sesuatu kerjaya.
“Profesion tentera perlu ditonjolkan melalui aspek kepimpinan, kemahiran teknologi, disiplin, pengorbanan, keselamatan negara dan pembangunan profesional yang boleh dibina melalui perkhidmatan ATM,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berubung usaha pendekatan baharu menarik penyertaan belia, termasuk menerusi media…