Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Media Prima Audio, OOGA X Setuju Perjanjian Usaha Niaga Eksklusif

today25 January 2022

Background

Platform audio kumpulan media dan hiburan Malaysia Media Prima, Media Prima Audio (MPA) dan OOGA X telah bersetuju untuk melakukan perjanjian usaha niaga eksklusif dan kerjasama kandungan bagi stesen penyiaran radionya. Majlis menandatangani perjanjian berkenaan telah dilangsungkan pada 25 Januari 2020 di Theatrette Anjung Riong, Balai Berita Bangsar.

Perjanjian eksklusif ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran dan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah OOGA X, Rita Sim. Perjanjian ini merupakan salah satu bentuk komitmen bersama dalam memanfaatkan tugas dan fungsi masing-masing dalam perspektif pakej jualan komersial, khususnya dalam siaran radio dan digital.

MPA, salah satu penyiar terbesar audio di Malaysia (terdiri daripada Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly FM, 8FM dan Audio+) akan memanfaatkan aset OOGA X termasuk Kupikupifm dan CITYPlus sebagai sebahagian daripada tawaran jualan kepada klien dan rakan kongsi.

Perjanjian ini akan memberi fokus dalam memastikan perniagaan akan dapat memanfaatkan dan mengembangkan stesen daripada MPA yang akan menawarkan pilihan demografi serta psikografi untuk memastikan pengiklan dapat mencapai ROI dan capaian yang lebih baik. Kolaborasi dan kerjasama ini akan menjadi anjakan paradigma baharu dalam penyiaran radio kerana ia adalah kali pertama pengendali radio bekerja secara sinergi untuk faedah simbiotik.Β 

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran berkata β€œIni adalah masa yang menarik bagi industri audio dan radio serta peluang yang baik buat Media Prima Audio untuk berhubung dengan pendengar kami yang berada di sebelah Timur Malaysia untuk lebih dekat dengan rakan kongsi kami dari OOGA X. Dengan pengalaman dan pengetahuan mereka di wilayah berkenaan, kami akan bersama-sama untuk mengembangkan Kupikupifm dan CITYPlus lebih kuat dari sebelumnya.”

Rita Sim, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah OOGA X melahirkan rasa terima kasihnya terhadap perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan berkata β€œKerjasama yang menarik dengan Media Prima Audio ini tepat pada masanya bagi kedua-dua syarikat kami terutamanya di Sabah & Sarawak yang terletak di kepulauan Borneo. Pertumbuhan yang dinamik ini akan dipacu oleh pembangunan Lebuhraya Pan Borneo. Dengan pengumuman Nusantara baru-baru ini sebagai ibu negara Indonesia akan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi & perniagaan bagi seluruh rantau ini. Kupikupifm & CITYPlus bersama Media Prima Audio, berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang yang semakin meningkat terutama di sebelah Timur Malaysia.”

Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid dan Penasihat OOGA X, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Written by: Azra Azuar


Previous post