Platform audio kumpulan media dan hiburan Malaysia Media Prima, Media Prima Audio (MPA) dan OOGA X telah bersetuju untuk melakukan perjanjian usaha niaga eksklusif dan kerjasama kandungan bagi stesen penyiaran radionya. Majlis menandatangani perjanjian berkenaan telah dilangsungkan pada 25 Januari 2020 di Theatrette Anjung Riong, Balai Berita Bangsar.

Perjanjian ini akan memberi fokus dalam memastikan perniagaan akan dapat memanfaatkan dan mengembangkan stesen daripada MPA yang akan menawarkan pilihan demografi serta psikografi untuk memastikan pengiklan dapat mencapai ROI dan capaian yang lebih baik. Kolaborasi dan kerjasama ini akan menjadi anjakan paradigma baharu dalam penyiaran radio kerana ia adalah kali pertama pengendali radio bekerja secara sinergi untuk faedah simbiotik.
Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran berkata “Ini adalah masa yang menarik bagi industri audio dan radio serta peluang yang baik buat Media Prima Audio untuk berhubung dengan pendengar kami yang berada di sebelah Timur Malaysia untuk lebih dekat dengan rakan kongsi kami dari OOGA X. Dengan pengalaman dan pengetahuan mereka di wilayah berkenaan, kami akan bersama-sama untuk mengembangkan Kupikupifm dan CITYPlus lebih kuat dari sebelumnya.”
Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid dan Penasihat OOGA X, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.