
KUALA LUMPUR: Seorang mekanik motosikal ditahan polis awal pagi hari ini, disyaki terlibat kes menyamar sebagai anggota polis dan menyamun berkumpulan.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berumur 33 tahun itu, ditahan di rumahnya berhampiran Taman Putra Ampang di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata suspek bersama dua lagi rakannya telah menahan sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja di Bukit Ampang dan mengaku sebagai anggota polis, sebelum memberitahu mangsa bahawa laluan tersebut tidak boleh dilalui.
“Mangsa kemudian beredar dari lokasi itu namun semasa di persimpangan lampu isyarat Taman Putra, mereka menyedari kesemua suspek sedang mengekorinya.
“Mangsa cuba melarikan diri, namun suspek telah menahan motosikal mereka dan salah seorang lagi suspek mengambil wang…