
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak kebelakangan ini.
Jelas beliau, ia tidak selari dengan hasrat kerajaan kononnya mengawal kenaikan harga barangan dengan segera.
“Mendengar dan bertukar pendapat dengan peniaga terutamanya soal harga barang yang meningkat dan kos pemasaran yang mendadak naik,” katanya menerusi Facebooknya.
Terdahulu, beliau sebelum ke Parlimen ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Ismail serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi.
Dalam pertemuan itu, beliau berjanji akan membawa isu dengan segera dalam persidangan Parlimen.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa)…