Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mekanisme penyasaran subsidi RON95 akan guna data Padu

today17 July 2024

Background


padu
Sistem Padu adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Mekanisme penyasaran subsidi RON95 akan menggunakan sepenuhnya data Pangkalan Data Utama (Padu) dan penentuan kumpulan sasar ditentukan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih isi rumah, menurut Kementerian Ekonomi.

Menurut kementerian, sistem Padu adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

Setakat 31 Mac 2024, seramai 10.55 juta individu mengemas kini maklumat dalam sistem Padu.

“Ketika ini, sistem berkenaan berada dalam Fasa 2, penganalisisan data yang melibatkan proses penentuan isi rumah, perbelanjaan asas kehidupan wajar dan pendapatan boleh guna bersih,” kata kementerian dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Kementerian Ekonomi menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai jumlah pendaftaran penuh Padu dan mengapa data Padu tidak digunakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Madrid lanjut kontrak Modric

Madrid: Pemain tengah Croatia Luka Modric menandatangani kontrak lanjutan setahun yang akan mengekalkannya di Bernabeu sehinggga 2025, menurut kelab LaLiga itu hari ini.

today17 July 2024