
ALOR GAJAH: Wang simpanan seorang kontraktor berjumlah RM146,313.60 lesap dalam tempoh tiga hari akibat diperdaya sindiket pelaburan Bitcoin yang tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diiklankan di Facebook pada 26 Dis lepas, menawarkan tiga pakej pelaburan Bitcoin, iaitu “basic”, “premium”, dan “gold’.
Bagi pakej “basic”, katanya, modal yang diperlukan untuk membuat pelaburan ialah RM300 dan pelabur kononnya akan mendapat pulangan pelaburan antara RM8,000 hingga RM12,000 dalam masa tiga jam.
Bagi pakej “premium pula”, modal yang diperlukan ialah RM1,000 dengan tawaran pulangan pelaburan antara RM18,000 hingga RM25,000 dalam tempoh enam jam, manakala bagi pakej “gold”, modalnya RM1,800 dengan pulangan antara…