Site icon Hot FM

Melabur ‘skim temberang’, kontraktor rugi RM5.9 juta


hacker scammer
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata kontraktor itu membuat pindahan wang ke lapan akaun syarikat berbeza, antara September hingga November tahun lalu.

PETALING JAYA: Kontraktor kerugian RM5.9 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Facebook, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Katanya, lelaki berusia 58 tahun hanya sedar menjadi mangsa penipuan selepas membuat 30 kali pindahan wang dalam lapan akaun syarikat berbeza, bermula September hingga November tahun lalu.

“Pengadu telah diarah suspek memuat turun aplikasi ‘A-Trade’ melalui Apple Store. Pengadu telah membuat pindahan berjumlah RM5.9 juta secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa langsung tidak menerima sebarang pulangan dan rasa ditipu, membawa kepada laporan polis dibuat di Kajang, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis memberi peringatan supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version