
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan melakukan rombakan besar-besaran melibatkan semua agensinya dalam masa terdekat dalam usaha memastikan dasar dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk memajukan negeri.
Ketua Menterinya, Ab Rauf Yusoh, berkata rombakan berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) itu dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik khususnya terhadap kerajaan negeri.
Beliau berkata selain itu, banyak perjanjian berat sebelah serta yang tidak melindungi kepentingan kerajaan negeri telah dimeterai sebelum ini yang akhirnya telah menjadi liabiliti kepada kerajaan negeri.
“Sepanjang kira-kira sembilan bulan menerajui kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri sejak…
