
ALOR GAJAH: Bajet Melaka 2023 akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung selama empat hari bermula 12 Dis ini.
Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali berkata pembentangan bajet berkenaan akan dilakukan pada hari pertama sidang DUN berkenaan.
“Antara fokus yang akan diberikan dalam Bajet Melaka 2023 ialah inisiatif yang dilakukan untuk meningkatkan ekonomi negeri, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.
“Selain itu, bajet yang akan dibentangkan juga akan mengambil kira aspek kesejahteraan dan kebajikan rakyat Melaka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Logo dan Lagu Rasmi Universiti Melaka (UniMel) serta Penyerahan Peranti Siswa yang turut dihadiri Naib Canselor UniMel, Abdul Razak Ibrahim.
Mengulas…