
Negeri ini boleh menjadi contoh keberkesanan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS sekiranya kedua-dua parti berjaya meningkatkan sokongan pengundi serta jumlah kerusi dimenangi pada PRN 14 Nov ini, kata Timbalan Ketua Umno Melaka Rais Yasin.
Rais berkata kerjasama itu berpotensi memberi kelebihan kepada kedua-dua parti kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan penyokong tersendiri.
“Saya yakin kedua-dua parti besar ini mampu menjadikan Melaka sebagai contoh, bukan sahaja dari segi pertambahan undi, malah kerusi yang dimenangi,” katanya dalam temu bual FMT.
Pada PRN kali ini, BN bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon di lima kerusi.
Kerjasama itu dimuktamadkan selepas BN dan PN memeterai persefahaman politik untuk menghadapi PRN Melaka, dengan jentera dan penyokong kedua-dua pihak digerakkan bagi…