Artifak dan manuskrip sejarah Kesultanan Melayu Melaka dilapor ditemukan di 14 negara, termasuk Itali, India, Jepun dan Turki, kata ketua menteri.

MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang membawa pulang artifak atau manuskrip berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, khususnya melibatkan Laksamana Hang Tuah, yang ditemukan di luar negara.
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya, penemuan didapati di 14 negara, antaranya Vatican City, Itali, India, Jepun dan Turki, oleh penyelidik atau pengkaji sejarah.
Beliau berkata, artifak dan manuskrip berkenaan akan menjadi antara tarikan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) sekali gus mengukuhkan kehebatan Melaka dan Hang Tuah.
“Kerajaan negeri sedang berusaha membawa pulang artifak dan manuskrip atau salinannya, dan kita juga sedang mengatur…
