
MELAKA: Kerajaan Melaka memberi jaminan tiada kenaikan harga bilik hotel dan penginapan lain sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024), kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata perkara berkenaan akan dipantau pihaknya bagi memastikan tiada pengusaha hotel dan penginapan di negeri itu mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.
“Kita akan memantau dan memerhatikan tidak ada kenaikan harga bilik sepanjang TMM 2024 kerana secara dasarnya pengusaha hotel dan penginapan di Melaka akan mendapat jumlah pengunjung yang lebih ramai daripada biasa.
“Tindakan ini (menaikkan harga) tidak akan menguntungkan mereka kerana pengunjung mempunyai pilihan kerana di Melaka terdapat banyak hotel, inap desa serta penginapan lain dan kita juga ada unit yang mengawal hotel terlibat,”…