
Melaka bakal memperkenal inisiatif khas subsidi penyelenggaraan motosikal bagi membantu meringankan beban kewangan lebih 3,000 penghantar makanan (p-panggilan) di seluruh negeri itu.
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata peruntukan bagi inisiatif berkenaan, akan dibawa ke dalam mesyuarat Exco minggu ini dan diumumkan secara rasmi minggu hadapan.
“Subsidi tersebut akan melibatkan bengkel penyelenggaraan motosikal terpilih, yang bakal dilantik di setiap DUN bagi membolehkan golongan p-panggilan mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan pada kadar lebih rendah.
“Penghantar makanan yang membuat penyelenggaraan motosikal akan menerima subsidi dianggarkan sekitar 20% hingga 30% daripada kos keseluruhan. Apapun, kebajikan mereka sentiasa dalam perhatian kerajaan negeri dan inisiatif ini…