
MELAKA: Melaka menerima RM10 juta daripada kerajaan persekutuan sebagai dana tambahan bagi memperkasa program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negeri itu.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan peruntukan itu berkata dana berkenaan boleh digunakan oleh institusi TVET untuk bekerjasama dengan penggiat industri.
“Melaka telah menunjukkan keupayaan TVET dan untuk meningkatkan kerjasama dan sinergi dengan TVET yang besar seperti Infineon, Honda, CTRM (dan sebagainya).
“(Ia bagi) memastikan anak-anak kita (bukan sahaja) dapat pekerjaan tapi dapat pekerjaan dengan upah yang tinggi, bukan setakat RM2,000 sebulan tapi tingkat minimum RM3,500 ke atas,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh di…
