Menerusi laporan Buletin TV3, hasil daripada pencapaian berkenaan, Melaka berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi ‘Capaian Digital Terbesar Bagi Pelancongan Malaysia di Platform WeChat’ menggunakan duta selebriti semasa penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM2024).
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata selebriti berkenaan memiliki pengaruh besar dalam media sosial sekali gus memanfaatkan platform berkenaan dalam mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa.
“Jumlah pelancong dari China ke Melaka meningkat daripada 204,818 (16.27%) pada Disember 2023 kepada 664,687 pelancong (22.64%) pada Disember 2024, sekali gus mencatat peningkatan 459,869.
“Ini membuktikan strategi promosi pelancongan melalui tokoh berpengaruh antarabangsa memberi impak luar biasa khususnya di China bagi menembusi pasaran utama pelancong ke Melaka,” katanya.