
PETALING JAYA: Bukit Aman menjelaskan pendakwaan terhadap ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, hari ini adalah pertuduhan pilihan walaupun polis mencadangkan mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata bagaimanapun perbincangan mendalam bersama Pejabat Peguam Negara memutuskan mereka didakwa bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian.
“Selepas perbincangan mendalam dijalankan antara pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan memutuskan tuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak cukup memadai ketika ini,” katanya menurut Bernama pada sidang media di pejabatnya di Bukit Aman.
Beliau berkata, polis menggunakan segala kepakaran, tenaga kerja, dan maklumat…