as dasar inilah, kempen Peduli Seks memfokuskan kepada pendidikan kanak-kanak dan remaja mengenai risiko seks dalam talian, serta mendorong mereka untuk membuat keputusan yang lebih selamat daripada terdedah kepada kandungan berbahaya.
Kempen Peduli Seks bukan sekadar merespon ancaman ini, tetapi juga berusaha untuk merubah cara kita mendekati pendidikan seks. Ia adalah salah satu langkah proaktif dalam memperkasa generasi muda dengan pengetahuan tentang kesihatan seksual, membanteras penyebaran maklumat palsu, serta meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya persetujuan dan tanda-tanda penderaan.
Kempen ini dibangunkan berdasarkan empat tunjang utama yang menjadi asas kepada pendekatan yang lebih holistik dan berkesan:
Kempen ini memberi penekanan terhadap kesihatan seksual lelaki dan wanita, termasuk penggunaan kontraseptif dan penjagaan kesihatan reproduktif. Memberikan pengetahuan asas ini kepada individu membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik…