Menerusi video yang dikongsi oleh @haziqzikri1, kelihatan sepasang pengantin baru sedang bersanding di atas pelamin.
Terdapat juga beberapa orang rakan-rakan pengantin lelaki sedang bergilir-gilir memberi hadiah perkahwinan kepada mereka berdua.
Hadiah-hadiah yang diberikan memang pelbagai jenis seperti kuali, penyapu, penyodok dan macam-macam lagilah. Namun, apa yang lebih melucukan adalah hadiah terakhir yang diberikan merupakan baju tidur seksi.