Site icon Hot FM

Member Tak Putus Asa Ajak Kawan Habiskan Hiking Tapi Lain Pula Jadinya


Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang berhiking di satu kawasan yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang rakannya terpaksa berhenti di tepi kerana penat dan tidak larat. Lebih menarik perhatian lagi apabila dua orang rakan memujuknya sambil mengatakan “sikit lagi, depan tu je”. 

Gadis itu dengan selambanya menjawab “nanti sampai situ pun cakap sikit lagi, sikit lagi.” Rakannya pula memberitahu kira-kira 1.5 meter saja lagi untuk habiskan.

Jawapan gadis itu pula mengundang dekah apabila dia berkata “semeter panjang ni je tau, kau ingat aku bodoh ke, aku kerja Jakel lah, ukur-ukur kain.”

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version