Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Memey Suhaiza Lip Sync Karakter Khalish ‘Perempuan Itu’ Depan Abby Abadi, Warganet Komen Nakal: “Tersalah Watak Tu!”

today5 July 2023

Background

Tular sebuah video pelakon Abby Abadi dan Memey Suhaiza yang melakukan ‘lip sync’ sedutan drama bersiri popular, Perempuan itu.

Video itu dikongsi oleh Abby sendiri menerusi laman media sosial TikTok miliknya.

@abbyabadi112 Sekadar lakonan ?? @MemeySuhaizaOfficial_ paling penting nk share disebalik tabirnya adalah @Norman Hakim ye ?? ok sila komen ?rinduu tak nk tengok kami kt kaca telebisyen? hehe.. nk buat drama sendiri takde productions.. Tunggu kt syurga je lah nantix dpt berkumpul semula, dpt buat semua benda sama2 kan? ?? #AbbyAbadi #MemeySuhaiza #fyp #NormanHakim ♬ original sound – erma fatima

Menerusi video tersebut, hanya Memey yang membuat ‘lip sync’ di hadapan Abby.

Difahamkan video tersebut dirakam oleh suami Memey, pelakon Norman Hakim.

Namun, netizen memberikan komen nakal dengan mengatakan sepatutnya Abby memainkan watak Khalish di dalam video TikTok tersebut.

“Eh kak Abby yang patut jadi Khalish. Kami semua masih ingat kisah dulu tau.

“Terbalik tu. Kak Abby patut jadi Khalish.

“Patutnya dialog tu kak Abby yang cakap,” tulis netizen.

Usikan yang diberikan di ruangan komen tidak membuatkan mereka melatah sebaliknya Abby berkongsi lagi video ‘lip sync’ daripada drama yang sama.

@abbyabadi112 Yg ni lebih tragis habaha ??? @Norman Hakim @MemeySuhaizaOfficial_ ? Dah lama tak shooting, dialog2 beremosi ni payah dah nk deliver haha.. pastu kita mcm dah tak buleh seriusss dah la.. banyak main skrg! mcmana nk berlakon serius lagi lepas ni? hahaha.. Apapun Semoga terhibur… nama pun permiainanTik Tok kan.. Layannnn! ?? ps; Sebab FYP Sy keluarkan yg ni cepat sikit hehe.. kalau yg ni Cukup 3k komen sy buat dialog yg lebih tragis lagi.. kali ni serius kami buat betul2 ?? Love U suami @JaiAbby Official ♬ original sound – eida_shidi

Written by: Salma


Previous post