
PETALING JAYA: Mentadbir negara memerlukan belanja besar. Dalam konteks Malaysia, kerajaan tahun ini memperuntukkan 3/4 daripada dana keseluruhan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk perbelanjaan mengurus (opex).
Peruntukan besar itu membabitkan dana RM303.8 bilion yang jumlah itu dijangka meningkat seiring keperluan untuk membangunkan negara pada masa depan.
Tetapi mengapa belanja mengurus sangat tinggi?
Namun, timbul persoalan mengapa jumlah perbelanjaan opex sangat tinggi dan dilihat seolah-olah tidak seimbang dengan peruntukan belanja pembangunan yang tahun ini berjumlah RM92 bilion.
Perbelanjaan menguruskan meliputi pelbagai aspek termasuk emolumen membabitkan gaji penjawat awam, pencen pesara, selain subsidi, penyelenggaraan bangunan kerajaan serta kadar faedah untuk membayar faedah pinjaman.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga…