Penyanyi tersohor, Misha Omar meluahkan rasa bangga atas kejayaan penyanyi, Ernie Zakri yang merangkul trofi pada Anugerah SCTV 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aisah Omar, 42, menyifatkan Ernie sebagai duta baharu yang menempa nama diperingkat Asia.
“Tahniah Ernie. Kak Mitch (panggilan Misha) sangat berbangga dengan awak. Hati saya tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ni.
“Saya sangat gembira! Akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita yang comel kecil saja orangnya, tapi punya suara dan jiwa besar!,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu popular Sampai Bila ini turut berdoa agar kejayaan yang diperoleh Ernie itu menjadi satu asbab industri muzik Malaysia terus berkembang menambat hati pendengar Indonesia.
“Mudah-mudahan ini juga penggerak untuk mengajak pendengar-pendengar dari seberang untuk mendengar katalog muzik penyanyi-penyanyi negara kita yang lain.
“Semoga terus mengukir nama di persada muzik Malaysia dan Asia. I love you, Ernie,” tulisnya.

Pada malam Rabu, Ernie melakar kejayaan apabila lagu Masing Masing hasil ciptaan komposer terkenal, Ade Govinda memenangi anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop bagi sinetron Luka Cinta.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Mendunia! Lagu Masing Masing Menang Kategori ‘Soundtrack Sinetron Paling Ngetop’ Di SCTV Awards 2024
Kredit foto: Ahma Dani, Ernie Zakri