Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Menang Di TikTok Awards Malaysia 2023… Aeril Zafrel Belanja Pekerja, Terbangkan 40 Staf Ke Korea!

today30 August 2023

Background

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel yang juga terkenal dengan gelaran CEO TikTok bersyukur di atas kemenangan bagi kategori Celebrity of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023, baru-baru ini.

Menurutnya, dia akui platform TikTok banyak membantu perniagaannya malah tidak menyangka video ‘berkempen’ membawa hasil.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak menyangka dengan kemenangan ini. Saya cuma buat tiga video sahaja untuk ‘berkempen’.

“Sebenarnya saya tidak menyangkal platform TikTok banyak membantu saya dalam bidang perniagaan. Saya sangat bersyukur,” jelasnya.

Dengan kemenangan yang diperolehi, Aeril turut mengumumkan berita gembira untuk membawa 40 orang kakitangannya untuk bercuti ke Korea Selatan pada Oktober nanti.

“Saya mahu buat pengumuman bahawa saya akan membawa kakitangan saya seramai 40 orang ke Korea! Insya-Allah perancangannya pada bulan Oktober nanti.

“Saya memilih Korea kerana cuaca di sana pada bulan 10 tidak terlalu sejuk. Lagi pun ramai kakitangan saya tidak pernah ke Korea sebelum ini,” ujarnya.

Written by: Aqilah


Previous post