
PETALING JAYA: Adakah memenangi satu kerusi dan tidak hilang kebanyakan wang deposit seperti sebelum ini bermaksud kebangkitan semula untuk Gerakan? Tidak juga, kata dua penganalisis.
Mereka berkata, mana-mana parti yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi majoriti Cina pada PRN akan mendapat undi diraih Gerakan kerana kebanyakannya undi protes Melayu daripada penyokong Umno.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata, keputusan PRN di enam negeri tidak boleh dijadikan pengukur untuk merumuskan parti itu diberi “nyawa” selepas tewas dalam dua PRU lalu.
“Gerakan jelas menumpang gelombang PN. Jadi, saya rasa banyak peralihan undi datang daripada mereka yang pernah menyokong Umno dahulu dengan mengundi MCA atau MIC. Disebabkan tiada orang lain kali ini, mereka mengundi Gerakan.
“Selain itu, terdapat faktor tempatan dan…