Dalam pada itu, operasi Menara KL akan diuruskan oleh syarikat baharu iaitu LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).
“Menerusi pengurusan baharu premis Menara KL yang diterajui oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien, berorientasikan pelanggan dengan penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara.” Katanya.
