Pelakon Sharifah Sakinah pernah mencuri perhatian ramai dengan memotong rambutnya hampir botak dan kini terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menari di taman.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sakinah pelik dengan budaya orang barat yang langsung tidak mengendahkan tarian yang disifatkan terkinja-kinja di sebuah taman.
“Mereka tak hairan langsung, pandang pun tidak walaupun terkinja,” tulisnya.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan perbuatan Sakinah.
Pada masa sama, mereka turut mengatakan Sakinah perlu menjaga adab ketika berada di negara orang.
“Mungkin culture shock.
“You ni orang Melayu atau acah-acah rasa orang putih. Jaga la adab orang timur sama.
“Awak tu agamanya Islam. Tunjuk yang baik untuk suami dan anak,” komen netizen.