

Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat jelik terhadap institusi diraja menerusi akaun Facebook miliknya.
Mat Derus Ali, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertuduhan, Mat Derus didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Facebook “Mat Derus” pada 2.15 pagi 20 Ogos 2024.
Hantaran bekas kakitangan GiatMara itu dilihat di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1, Jalan Impact, Cyberjaya, kira-kira 12.59 tengah hari 21 Ogos 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,…