Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Pelawak Wanita Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel! Ini Respons JAWI

today9 July 2022

Background

Tatkala orang ramai sedang sibuk melakukan persiapan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut esok, susur masa media sosial rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi seorang pelawak wanita yang menghina Islam.

Dalam insiden yang terjadi di sebuah kelab komedi, Crackhouse Comedy Club (CHCC) yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur itu, wanita itu pada awalnya tampil di pentas memakai baju kurung dan lenngkap bertudung.

Mahu memulakan persembahan stand-up comedy, wanita itu memberitahu dirinya berasal dari Kuala Kangsar, Perak, berketurunan Melayu dan beragama Islam serta menghafal 15 juzuk kitab suci al-Quran.

Tiba-tiba wanita itu mengejutkan orang ramai dengan mencabut tudungnya serta membuka pakaian di hadapan penonton.

“Hello and Assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Am*r* binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak.

“I am Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. But, one second,” katanya.

Selepas menuturkan dialog terbabit, wanita itu meletakkan semula pembesar suara lalu menanggalkan tudung dan bajunya.

Kini video berdurasi kurang seminit itu tular di laman sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

Netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang didakwa menghina agama Islam.

Sementara itu, CHCC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita terbabit yang menghina kesucian agama Islam di premis mereka.

CHCC dalam satu kenyataan berkata, mereka melarang individu berkenaan daripada kembali ke sana selepas insiden tersebut dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis TTDI.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan kenyataan rasmi ekoran insiden terbabit.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Menurut Ajib, tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

β€œJawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-Lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” katanya menerusi kenyataan.

Written by: Salma


Previous post