Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mengaku Tak Bersalah, Sebutan Kes Komunikasi Seksual Safiey Ilias Dipindahkan ke Mahkamah Ampang

today16 August 2022

Background

Sebutan kes komunikasi seksual yang didakwa ke atas usahawan kosmetik Safiey Ilias telah dipindahkan ke Mahkamah Ampang, semalam.

Menerusi sebutan kali pertama di mahkamah itu semalam, Safiey telah didakwa atas dua pertuduhan termasuk melakukan komunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim memaklumkan kes usahawan kosmetik tersebut telah didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada Mac lalu.

Pelontar lagu ‘Syinta Gila’ yang diwakili peguam Harjeet Singh Sidhu itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dijatuhkan kepadanya yang dipercayai berlaku di kediamannya di Bandar Baru Bangi, 9 Jun 2021.

Hasil perbicaraan, Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob telah menetapkan 27 Oktober ini sebagai tarikh sebutan seterusnya selepas Nurhashimah Hashim memohon untuk serahan dokumen berkaitan kes tersebut.

Safiey Ilias didakwa di bawah Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Safiey dan rakannya ‘pipinatasha’ dilaporkan berpakaian mencolok mata semasa live di Instagram yang disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Sumber: Berita Harian & BERNAMA

Written by: Aqilah


Previous post