
Rakyat Malaysia semakin terbuka menerima gabungan politik yang dibentuk selepas pilihan raya, khususnya membabitkan musuh tradisi, susulan peralihan landskap politik sejak 2018.
Asrul Hadi Abdullah Sani berkata, antara peralihan yang paling menonjol termasuk tindakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sepentas dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pada 2016, serta ‘Langkah Sheraton’ pada 2020 yang menumbangkan kerajaan pertama Pakatan Harapan.
Katanya kepada FMT, peralihan sebegini semakin memperlihatkan jurang perbezaan yang nyata antara proses pilihan raya dengan pembentukan sesebuah kerajaan.
“Perubahan pada 2018 telah mengubah persepsi rakyat Malaysia mengenai bentuk rakan gabungan yang boleh diterima.
“Kerjasama yang dulunya dianggap mustahil dari sudut politik, kini…