
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen mempersoalkan sama ada Nancy Pelosi, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) perlu melawat Malaysia lebih kerap sebelum kerajaan mengambil tindakan terhadap pemerdagangan manusia.
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin secara tiba-tiba telah membentangkan usul mengenai kedudukan rendah Malaysia dalam laporan AS mengenai pemerdagangan hanya selepas Pelosi tiba di negara itu untuk lawatan rasmi.
Menurutnya, seminggu sebelum itu, cubaan pembangkang untuk membincangkan laporan itu telah ditolak.
Katanya, apabila Pelosi tiba, semua Ahli Parlimen secara tiba-tiba menerima satu surat mengatakan menteri dalam negeri akan membentangkan laporan itu dan ia terbuka untuk dibahaskan.
“Bagaimanapun, kami telah mengemukakan perkara ini seminggu sebelum itu dan…