Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Menilai semula peranan menteri dalam politik semasa

today25 September 2026

Background


cabinet meeting

Tawaran peletakan jawatan Loke Siew Fook baru-baru ini menyingkap sebuah realiti institusi jarang dibedah secara terbuka. Menerusi kenyataannya, beliau merumuskan satu hakikat yang fundamental iaitu menteri boleh silih berganti, namun jentera kementerian akan terus beroperasi seperti biasa.

Kenyataan itu sebenarnya lebih besar daripada episod politik yang mencetuskannya. Ia mengingatkan kita bahawa sebuah kementerian bukanlah seorang menteri. Menteri boleh berundur, bertukar portfolio atau tersingkir daripada kerajaan, tetapi ketua setiausaha (KSU), ketua pengarah, pegawai dan seluruh jentera pentadbiran tetap meneruskan tugas.

Jika demikian, apakah sebenarnya nilai yang sepatutnya dibawa oleh seorang menteri kepada sebuah kementerian yang pada asasnya mampu terus berfungsi tanpa dirinya?

Persoalannya bukan sama ada kita memerlukan menteri. Sistem demokrasi berparlimen memang memerlukan kepimpinan politik untuk memberikan mandat dan arah kepada pentadbiran negara. Persoalan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Zainal Abidin Sanusi


Previous post

Sukan

Messi kembali untuk salam perpisahan

Ezeiza, Argentina: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menjelaskan perlawanan persahabatan menentang Benin di Buenos Aires bulan depan akan memberi peluang kepada Lionel Messi untuk mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang diingininya.

today25 September 2026