SEREMBAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu dua individu dengan menyatakan dirinya sebagai peguam bela dan peguam cara yang sah, dalam kejadian antara 2021 dan 2022.
Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya dua lelaki dengan menyatakan bahawa dirinya ialah peguam yang sah.
Pertuduhan pertama dan ketiga berkaitan mangsa yang sama dan berlaku pada 18 Nov 2021, manakala pertuduhan kedua melibatkan seorang lagi mangsa pada 2 Mac 2022. Semua kesalahan itu dilakukan di Kompleks Mahkamah Seremban.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan…