Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Menjelang PRU 15, Adi Putra Beri Pesanan – “Berkempen Dengan Matang & Saling Menghormati”

today7 November 2022

Background

Pelakon utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terbaharu, Adi Putra memuat naik sebuah hantaran mengenai Pilihan Raya Umum di laman media sosialnya.

Menerusi hantaran tersebut, Adi berpesan kepada semua pihak agar sentiasa mengamalkan politik matang dalam berkempen.

“Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang.

“Walau perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati.

“Selamat berkempen PRU 15. Agama, Bangsa, Negara,” tulis Adi di ruangan kapsyen.

Hantaran berbentuk video itu memaparkan video dan foto pelakon itu mengenakan baju sesebuah parti politik.

Sehingga kini, hantaran video tersebut telah meraih lebih 128,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan setuju mereka dengan pelakon berkaliber itu.

Written by: Aqilah