
KUALA SELANGOR: Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali menjelaskan bahawa bidang kuasa untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah menteri pelancongan, seni dan budaya.
Beliau berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Akta 481).
“Sebenarnya bidang kuasa untuk melantik Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah kuasa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, di bawah Akta 481 iaitu kuasa menteri untuk melantik dan menamatkan perkhidmatannya.
“Kadang-kadang kita perlu beri penjelasan kepada rakyat kerana saya difahamkan isu ini berlaku dan ditularkan, dalam surat pewartaan yang dikeluarkan mengatakan ia di bawah bidang kuasa menteri berkenaan, jadi apa-apa…