
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yakin Senator Mohd Na’im Mokhtar selaku Menteri Agama mampu membawa hala tuju agensi agama ke arah reformasi pengurusan hal ehwal Islam selaras semangat kerajaan perpaduan yang berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata, ini berdasarkan latar belakang serta pengalaman luas bekas ketua hakim syarie dan ketua pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.
Beliau berkata JAKIM selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yakin dan percaya pelantikan Menteri Agama kali ini juga mendukung semangat MKI sebagaimana perubahan Peraturan MKI 2022 yang telah diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258, Mac lepas.
“Mewakili seluruh saf pengurusan dan warga Jakim, saya mengucapkan selamat maju…