

Agensi berkaitan didesak mengambil tindakan serta menjalankan penilaian semula secara menyeluruh terhadap penayangan beberapa drama yang memaparkan babak sensual dan unsur manipulasi atas alasan seni atau kesedaran sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pihaknya mengambil maklum akan kegelisahan masyarakat.
“Walaupun niat menyampaikan realiti difahami, cara penyampaian yang mengghairahkan serta dijadikan modal pemasaran berisiko menenggelamkan mesej pengajaran sebenar.
“Sehubungan dengan itu, kami mendesak agensi berkaitan membuat penilaian semula secara menyeluruh serta mengambil tindakan sekiranya terbukti melanggar garis panduan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata penyebaran klip…