Site icon Hot FM

Menteri arah batal Good Vibes Festival


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan penganjur Good Vibes Festival 2023 hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan mengarahkan pembatalan serta-merta baki dua hari Good Vibes Festival 2023, yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok, susulan kontroversi dicetuskan kumpulan The 1975 malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu dibuat selepas pihaknya berjumpa penganjur iaitu Future Sound Asia.

“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara, bagaimanapun jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.

“Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, penganjur berkata acara itu diteruskan mengikut jadual hari ini dan esok di sebalik kontroversi yang tercetus.

Persembahan kumpulan dari British itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version