Fahmi Fadzil berkata perbezaan di Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan mewujudkan jurang serta suasana tidak bersatu padu.

PETALING JAYA: Fahmi Fadzil menegaskan sambutan Hari Kebangsaan tidak sepatutnya bersifat politik, susulan ada cadangan supaya logo dan tema berbeza di empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).
Menteri komunikasi dan digital itu berkata pihaknya akan meminta agensi bertanggungjawab untuk meneliti dan menyiasat perkara berkenaan.
Beliau berharap semua pihak mengetepikan politik kerana PRN telah selesai sambil menegaskan perbezaan di Kelantan, Kedah, Terengganu, dan Perlis hanya mewujudkan jurang serta suasana tidak bersatu padu.
“Sebelum ini kita angkat bendera parti, sekarang ketepikan dan angkat bendera Malaysia.
“Tidak mahu ada sebarang fahaman politik kerana sekarang kita fokus untuk bersatu padu dan membangukan negara,” katanya menurut…