
PETALING JAYA: Sebuah syarikat perkhidmatan p-panggilan diminta memberi penjelasan selepas sekumpulan penghantar makanan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengangkutan untuk memohon bantuan dan campur tangan kerajaan menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata memorandum itu akan dikaji dan dibincang kementerian terbabit.
“Kita akan meminta Grab beri penjelasan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau ditemui ketika meninjau hari pertama pembukaan stesen LRT Bandaraya di Kuala Lumpur.
Semalam, sekumpulan penghantar makanan sebuah syarikat p-panggilan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan untuk memohon bantuan dan campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.
Memorandum…