
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mempersoalkan dakwaan Human Rights Watch (HRW) bahawa lebih 1,400 kanak-kanak ditahan di 20 depot tahanan imigresen di seluruh negara.
Saifuddin berkata, dakwaan itu tidak pernah didengarnya, dan beliau menggesa pertubuhan itu menyatakan lokasi depot yang dilaporkan menahan kanak-kanak itu.
“Apakah sumber mereka? Di mana insiden yang dikatakan ini berlaku? Di mana insiden ini dilaporkan?” soalnya, lapor Sinar Harian.
“(HRW) tidak boleh begitu sahaja (membuat dakwaan), kita ada 19 depot imigresen dan saya tahu dengan tepat jumlah kanak-kanak di setiap depot ini.”
Laporan HRW yang dikeluarkan awal hari ini mendakwa lebih 1,400 kanak-kanak ditahan di depot imigresen, dengan dua pertiga daripada mereka tidak ditemani atau dipisahkan…