
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Khaled Nordin hari ini melakukan lawatan ke kapal pengangkut pesawat tentera laut Perancis Charles de Gaulle (CDG) yang sedang melalui perairan negara di Laut China Selatan.
Khaled berkata, semasa lawatan itu, beliau diberikan taklimat terperinci mengenai kapal itu dan operasinya oleh Komander Carrier Strike Group (CSG) Perancis Laksamana Muda Jacques Mallard.
“Kapal pengangkut pesawat itu adalah ‘center force’ bagi CSG Perancis dan daya Tentera Laut Perancis yang menggabungkan pelbagai sumber serta kekuatan di sekitarnya bagi membolehkan CDG menjalankan misi pelbagai,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau berkata, kapal CDG itu menempatkan antara lain pesawat pejuang Rafale dan pesawat Hawkeye serta diiringi kapal-kapal pendamping seperti ‘destroyers’ dan ‘supply ship’ yang baru menamatkan…