

Menteri pertahanan menyangkal dakwaan kontrak perolehan peluru berpandu antikapal dengan syarikat Norway tiada klausa yang melindungi kepentingan Malaysia.
Khaled Nordin menerangkan kepada Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) bahawa kontrak dengan Kongsberg Defence & Aerospace (KDA) itu mengandungi peruntukan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan sekiranya berlaku kegagalan pelaksanaan kontrak atau pelanggaran obligasi oleh pihak yang berkenaan.
“Dakwaan bahawa kontrak tersebut tidak mempunyai klausa yang melindungi kepentingan Kerajaan adalah tidak tepat,” katanya dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.
“Kementerian sedang menggunakan peruntukan yang tersedia dalam kontrak untuk melindungi kepentingan kerajaan, termasuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan semula…