
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah mengecam menteri besar Kedah kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Menteri Pelancongan Tiong King Sing.
Karim berkata kenyataan Sanusi Nor di DUN Kedah pada Rabu lalu itu adalah tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri besar terutama sekali ia ditujukan kepada pemimpin lain yang berlainan agama.
Sanusi dilaporkan berkata Tiong seperti “tokong berkepala botak dan berperut buncit”.
Karim, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti utama gabungan yang memerintah Sarawak, berkata Sanusi tidak sepatutnya menghina kepercayaan agama lain.
“Apakah perasaan beliau sekiranya ada orang berlainan agama mempermainkan cara solat orang Islam? Sekiranya beliau (Sanusi) berasa marah, saya yakin mereka yang mendengar kenyataan menteri besar itu juga akan…