Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Menu ‘Ramen Durian’ Ini Buat Ramai Netizen Kembang Tekak

today5 July 2024

Background


Senang cerita, pantang nampak menu baru keluaran peniaga, memang ramai akan beratur panjang untuk mencubanya.

Malah, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya demi tidak ketinggalan menu yang sedang viral di TikTok, Instagram atau platform lain.

Namun begitu, baru-baru ini sebuah restoran di Lembah Klang telah mengeluarkan menu baru mereka yang mencuri perhatian ramai dan membuatkan segelintir netizen ‘kembang tekak’.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna di X iaitu @jllmisai, kelihatan restoran berkenaan menunjukkan cara menyediakan menu terbaharu mereka iaitu Ramen Durian.

Bagi penggemar ramen, pasti ramai yang tidak sangka Durian juga boleh dihidangkan bersama mi dan sup bukan?

Malah, ia dihidang sekali dengan kulit Durian sebagai pengganti mangkuk. Tidak dinafikan, rupanya memang menarik. Tetapi, ada yang tidak boleh menerima menu baru itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post