Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Menyamar Jadi Boss James Buat ‘Giveaway’, Polis Beri Amaran Jangan Tertipu

today9 August 2022

Background

Boleh dikatakan ramai mengenali influencer Boss James yang sering berkongsi video-video berkaitan ilmu permotoran dan menerapkan nilai-nilai murni untuk tontonan umum.

Terbaharu, tular di media sosial apabila Boss James dikatakan mahu memberi hadiah berupa sebuah motosikal jenis Yamaha MX King 150 dan wang tunai bernilai RM7,000 kepada orang ramai secara rawak, namun sebenarnya ia palsu.

https://www.facebook.com/bsjkdsps/posts/pfbid02Peu8CwbeKKTXj2XfPEcrCZzs9NkX6NuXur1GrXLvWDk6yu8AK9i9STdmXUnucw9Rl

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di Facebook, hebahan tersebut dimuat naik oleh akaun ‘Boss James’ yang palsu. Menjengah ke hebahan tersebut, boleh dikatakan ramai terpedaya apabila mereka berkongsi dan sertai ‘contest’ terbabit.

Pendedahan tersebut telah membuka mata ramai pihak terutama sekali yang mungkin sudah terpedaya dan berharap tiada lagi yang tertipu. Malah, Boss James juga mengucapkan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan diatas pendedahan tersebut.

Sebelum anda memasuki apa-apa ‘giveaway’ atau pertandingan, pastikan akaun itu ‘legit’ dahulu agar anda tidak jadi mangsa penipuan sekaligus akan merugikan anda.

Written by: Mimieyuzi


Previous post